BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

13 June 2010

Hak bersuara pengguna hanya akan wujud jika:-

1)terdapat kebebasan untuk menubuhkan kumpulan atau organisasi yang berkenaan.

2)wujud kesempatan bagi organisasi berkenaan untuk mengemukakan pandangan mereka di dalam proses membuat keputusan yang melibatkan kumpulan mereka. Kesempatan hanya boleh digunakan oleh mereka jika terdapat infrastruktur yang memadai untuk membangunkan,melaksanakan,atau memantau dasar perlindungan pengguna.

HAK BERSUARA

Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan demikian kepentingan pengguna akan mendapat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan bukan sahaja dasar-dasar kerajaan tetapi juga dasar-dasar pengeluaran dan pemasaran syarikat syarikat swasta.

Penggunaaan tanpa pilihan

Di kebanyakan pasar raya, pengguna boleh melaksanakan haknya sama ada dia mahu membeli atau tidak. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak ada pilihan misalnya dalam isu mendapatkan udara dan air yang bersih.

Dalam keadaan ini, pengguna terpaksa bernafas dalam seribu kesulitan apabila mereka terpaksa menghidu udara yang sudah tercemar. Para

Pengguna juga terpaksa menggunakan air yang telah dicemari dengan kotoran dan bahan bahan kimia serta sisa-sisa racun kimia untuk melakukan aktiviti harian.

Kesan kesan pengambilan tersebut adalah sukar dikesan dalam jangka masa yang pendek dan kadang-kadang tidak boleh dipulihkan.

Bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh manusia boleh menyebabkan perubahan kepada generasi yang akan datang. Kemusnahan kepada umat manusia akan menyebabkan kelemahan daya fikir, kurang bersemangat, memendekkan usia seseorang,dan juga kemandulan.

Di Malaysia,kedua dua keadaan di atas wujud. Terdapat 16 buah persatuan pengguna di seluruh negara, Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK), Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan, Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN), dan Hal Ehwal Pengguna. Kepentingan terhadap perlindungan pengguna juga terdapat pada kementerian kementerian lain dalam kerajaan Malaysia dan industri-industri dalam berbagai sektor. Biasanya, nilai dan pendapat pengguna secara umum mahupun melalui pertubuhan diambil kira dalam dasar pembangunan pelbagai industri. Walau bagaimanapun, keberkesanan perwakilan pengguna bergantung kepada beberapa faktor seperti:

PERTAMA: undang undang pengguna memastikan bahawa pengguna boleh turut serta dalam pembentukan dasar yang melibatkan mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


KEDUA: kekuatan perwakilan pengguna dari segi bilangan dan pengaruh. Untuk membolehkan pandangan pengguna didengari dengan lebih berkesan, bilangan perwakilan yang seimbang adalah perlu.


KETIGA:Kepakaran di dalam pelbagai isu yang melibatkan pengguna adalah penting untuk membolehkan perwakilan menjadi lebih berkesan.


KEEMPAT: Wakil-wakil pengguna mestilah mudah mendapat liputan oleh media massa.


KELIMA:Salinan undang undang dan dasar yang mempunyai kaitan atau mempunyai kesan kepada pengguna mudah diperolehi oleh persatuan persatuan yang ada kaitan dengan pengguna.


KEENAM: komunikasi terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, industri dan kerajaan.










MAKLUMAT TAMBAHAN (tanggungjawab pengguna)

Walau bagaimanapun,untuk membuat pilihan yang bijak,pengguna hendaklah mendapatkan maklumat yang benar,nilai yang baik,kualiti dan lain lain bagi sesuatu barang.

Ini adalah merupakan ciri cirg perniagaan yang sihat dan mempunyai piawai yang terpelihara dan diterima di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, keadaan ini masih belum dapat dilihat di dalam suasana perniagaan marcapada ini.

HAK PENGGUNA MENDAPAT PILIHAN.

Hak membuat pilihan ialah kebebasan pengguna untuk memiliki dan menentukan barang dan perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, citarasa, dan kemampuan masing masing pada harga yang munasabah.

Dalam kes monopoli, pengguna haruslah mendapat jaminan kualiti barang dan perkhidmatan yang memuaskan dan pada harga yang berpatutan.


HAK UNTUK MEMILIH.


Pasaran antarabangsa, taraf hidup yang tinggi, penemuan rekacipta terbaru, pembaharuan di dalam teknologi dan bertambahnya barangan baru di dalam pasaran telah menghasilkan pelbagai pilihan bagi memenuhi citarasa dan permintaan pengguna.


Sebahagian daripada pengguna berpendapat bahawa 'lebih banyak pilihan adalah lebih baik'. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada barangan baru adalah terlalu kompleks dan di luar kemampuan atau keupayaan pengguna untuk menilai semua kesan dari penggunaan barang berkenaan sepenuhnya. Selain daripada itu, strategi pasaran yang canggih telah menyukarkan lagi pengguna dalam membuat pilihan.

Pengguna didedahkan untuk membuat pilihan yang terbaik dengan berpandukan kepada prinsip yang menyatakan bahawa pembeli hendaklah berhati hati.

MAKLUMAT MENGENAI UBAT UBATAN

Pengguna berhak mendapat maklumat mengenai ubat ubatan tentang

=nama ubatan tersebut.

=khasiatnya.

=cara menggunakan ubatan tersebut.

=tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ubat tidak berkesan.

=kesan sampingan jika mengambil ubat tersebut.

=cara menyimpan ubatan.

=keterangan bertulis mengenai ubatan tersebut.

PENGIKLANAN

Pengguna seringkali menjadi mangsa pengiklanam yang mengelirukan. Banyak aduan dibuat mengenai dakwaan iklan yang mengelirukan seperti mengurangkan lemak,menggunakan makanan atau minuman tonik yang boleh mengurangkan kesakitan,minuman yang membolehkan atlet menjadi lebih segar dan bertenaga.

Pengguna biasanya mudah terpedaya dengan gimik yang dilakukan oleh pihak perniagaan.

JENIS JENIS PENGIKLANAN.

Pengiklanan merupakan salah satu perniagaan yang besar.iklan iklan banyak dan kerap dimuatkan di media massa seperti televisyen, radio, surat khabar,majalah, dan sebagainya.

Pengiklanan merupakan salah satu daripada perkara yang penting dalam aktiviti perniagaan.


Terdapat tiga jenis pengiklanan.

1)memberi maklumat

2)''puffing"

3)palsu atau mengelirukan


HAK PENGGUNA:-


=mengetahui maklumat yang benar dan adil.

=mengetahui dak waan atau ujian ke atas barangan yang dilakukan oleh syarikat pengiklanan adalah benar.

=mengetahui maklumat sepenuhnya tentang barangan yang diiklankan.

Hak pengguna dalam mendapatkan maklumat.

Pengguna berhak:-

=mendapatkan maklumat yang relevan dan benar dengan apa yang terdapat dalam barangan berkenaan.

=mendapat maklumat yang mempunyai kesahihan dan kredibiliti.

=mendapat maklumat yang mudah difahami dan tidak mengelirukan.

=mendapat label dimana cara pelabelannya berpatutan dan mudah dibaca.

=mengetahui dimana tempat asal produk dihasilkan.

=mengetahui tarikh luput dan tarikh pengilangan.

=mengetahui nama sebutan sebenar barangan yang dijual.

=mengetahui berat minimum,kuantiti,amaun atau muatan barangan.

=mendapat penerangan mengenai kandungan umum termasuklah maklumat,keupayaan,panduan untuk menggunakannya dan batasannya.

=mendapat maklumat mengenai amaran,peraturan peraturan kecemasan untuk gologan pengguna
tertentu seperti kanak kanak atau orang dewasa yang mengalami alahan tertentu.








PELABELAN

Maklumat adalah amat penting kepada pengguna dan pengguna berhak menggunakannya dan bagaimana tanggapan pengguna terhadap makkumat yang mereka terimat. Hal ini bergantung kepada maklumat yang

1.BENAR DAN TEPAT.

2.BOLEH DITERIMA

3.BOLEH DIFAHAMI.

4.NYATA.

HAK MENDAPAT MAKLUMAT

Hak pengguna untuk mendapat maklumat ber erti hak pengguna untuk diberitahu akan fakta fakta yang perlu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat.

Pengguna perlu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi bagi membolehkan mereka bertindak dengan bijak dan bertanggungjawab. Hak mendapat maklumat adalah penting supaya pengguna dapat mengelakkan diri daripada ditipu dan dilindungi daripada penyelewengan ,pelabelan yang mengelirukan dan tidak tepat,dan amalan amalan perniagaan yang tidak beretika.





Perlindungan pengguna mestilah mempunyai garis panduan yang membolehkan pengguna membuat keputusan bijak.





Kebolehan membuat keputusan yang baik akan dapat mempertingkatkan keselamatan pengguna. Pengguna perlulah diberi kemudahan untuk mendapatkan maklumat yang telus dan benar.