
Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat bererti hak kepada alam fizikal yang akan memperbaiki atau meningkatkan mutu kehidupan.Hak ini melibatkan usaha mendapatkan perlindungan daripada masalah masalah persekitaran yang di luar kawalan pengguna secara individu,tetapi ianya boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif.
Ia memaparkan keperluan memelihara dan melindungi alam sekitar untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat dalam kalangan ahli ahli masyarakat masa kini sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah pengguna yang lain. Dekad 1980-an menunjukkan bagaimana krisis kepada alam sekitar seperti pemanasan global,penghakisan lapisan ozon,kehilangan pelbagai speisis flora dan fauna,penyalahgunaan bahan kimia, pemusnahan hutan simpan, kesemua fenomena ini semenangnya mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat manusia. Semua penduduk sama ada di negara maju mahupun di negara yang membangun, sama ada yang tinggal di bandar mahupun di desa kini terdedah kepada ancaman tersebut.
Kesemua ancaman itu bukanlah berlaku secara semula jadi atau kerana takdir,tetatpi ancaman tersebut adalah rentetan daripada perbuatan manusia sendiri. Pembangunan yang tidak mampan,penggunaan dan citarasa yang berlebihan
16 June 2010
Posted by nurlyana at 1:18 PM 0 comments
Labels: Alam sekitar, hak, sihat
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Hak mendapat pendidikan pengguna bererti hak mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna yang bermaklumat sepanjang hayat. Pendidikan pengguna dapat membantu di dalam membina pelbagai kemahiran hidup dan ketabahan sifat peribadi seseorang melalui pengetahuan dan amalan seharian. Pendidikan pengguna dapat melahirkan kemahiran pengguna di mana ia dapat menyumbangkan ke arah taraf hidup yang lebih berkualiti.
Kebanyakan orang berkerja keras untuk mendapatkan wang untuk membeli wang untuk membeli barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Namun demikian,adalah menyedihkan jika hasil titik peluh mereka tidak memberikan kehidupan yang berkualiti tinggi kerana mereka kurang berpengetahuan dalam hal hal kepenggunaan atau kurang kemahiran dalam mengguna atau memperjuangkan hak hak mereka.
Posted by nurlyana at 11:43 AM 0 comments
Labels: hak, mendapat pendidikan, pendidikan, pengguna
13 June 2010
Jika barangan rosak/cacat

Jika syarat-syarat dalam kontrak tidak dipatuhi oleh penjual, anda boleh menuntut ganti rugi.
- Jangan terima barangan berkenaan
- Dapatkan bayaran tunai atau mengimbangkan perbezaan antara apa yang telah anda bayar dengan pengurangan nilai barangan yang cacat tersebut.
- Pengguna berhak meminta atau mendapat ganti rugi atau pembaikan percuma.
Posted by nurlyana at 10:33 PM 0 comments
Labels: Ganti rugi, hak
Hak hak pengguna dalam mendapatkan ganti rugi..

Kontrak adalah perjanjian antara dua pihak yang berkeupayaan yang dilakukan dengan kerelaan bebas serta disokong dengan balasan.ia diiktiraf dan boleh dikuat kuasakan oleh undang undang.
Contohnya:-
- pihak penjual mempunyai hak milik terhadap barang yang hendak dijual.
- barang mestilah mempunyai kualiti yang boleh diperdagangkan. Ini bermakna barang berkenaan mestilah sesuai dan munasabah untuk tujuan kegunaanya. Perlu di ingat bahawa harga dan barang mesti sama dengan yang telah diperihalkan. Barang baru mestilah tidak pecah atau rosak.ianya hendaklah berfungsi dengan baik.
- barang mestilah menepati perihalan yang dinyatakan sama ada pada bungkusan, kenyataan yang dipaparkan atau apa yang dinyatakan penjual. Tidak sepatutnya baju lengan panjang jika dinyatakan sebagai lengan pendek di luar bungkusannya. Kasut getah tidak sepatutnya dinyatakan sebagai kasut kulit di luar bungkusannya.
- barang hendaklah menepati semua tujuan khusus dalam pengetahuan penjual. Jika penjual menyatakan gam bolek melekatkan kayu,maka gam tersebut bolehlah berfungsi demikian.
- jualan melalui sampel-barang barang yang dibekalkan mestilah memenuhi ciri ciri seperti yang terdapat di dalam sampel.
Posted by nurlyana at 10:32 PM 0 comments
Labels: Ganti rugi, hak
HAK BERSUARA
Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan demikian kepentingan pengguna akan mendapat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan bukan sahaja dasar-dasar kerajaan tetapi juga dasar-dasar pengeluaran dan pemasaran syarikat syarikat swasta.
Posted by nurlyana at 8:27 PM 0 comments
HAK PENGGUNA MENDAPAT PILIHAN.
Hak membuat pilihan ialah kebebasan pengguna untuk memiliki dan menentukan barang dan perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, citarasa, dan kemampuan masing masing pada harga yang munasabah.
Dalam kes monopoli, pengguna haruslah mendapat jaminan kualiti barang dan perkhidmatan yang memuaskan dan pada harga yang berpatutan.
HAK UNTUK MEMILIH.
Pasaran antarabangsa, taraf hidup yang tinggi, penemuan rekacipta terbaru, pembaharuan di dalam teknologi dan bertambahnya barangan baru di dalam pasaran telah menghasilkan pelbagai pilihan bagi memenuhi citarasa dan permintaan pengguna.
Sebahagian daripada pengguna berpendapat bahawa 'lebih banyak pilihan adalah lebih baik'. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada barangan baru adalah terlalu kompleks dan di luar kemampuan atau keupayaan pengguna untuk menilai semua kesan dari penggunaan barang berkenaan sepenuhnya. Selain daripada itu, strategi pasaran yang canggih telah menyukarkan lagi pengguna dalam membuat pilihan.
Pengguna didedahkan untuk membuat pilihan yang terbaik dengan berpandukan kepada prinsip yang menyatakan bahawa pembeli hendaklah berhati hati.
Posted by nurlyana at 4:59 PM 0 comments
PENGIKLANAN
Pengguna seringkali menjadi mangsa pengiklanam yang mengelirukan. Banyak aduan dibuat mengenai dakwaan iklan yang mengelirukan seperti mengurangkan lemak,menggunakan makanan atau minuman tonik yang boleh mengurangkan kesakitan,minuman yang membolehkan atlet menjadi lebih segar dan bertenaga.
Pengguna biasanya mudah terpedaya dengan gimik yang dilakukan oleh pihak perniagaan.
JENIS JENIS PENGIKLANAN.
Pengiklanan merupakan salah satu perniagaan yang besar.iklan iklan banyak dan kerap dimuatkan di media massa seperti televisyen, radio, surat khabar,majalah, dan sebagainya.
Pengiklanan merupakan salah satu daripada perkara yang penting dalam aktiviti perniagaan.
Terdapat tiga jenis pengiklanan.
1)memberi maklumat
2)''puffing"
3)palsu atau mengelirukan
HAK PENGGUNA:-
=mengetahui maklumat yang benar dan adil.
=mengetahui dak waan atau ujian ke atas barangan yang dilakukan oleh syarikat pengiklanan adalah benar.
=mengetahui maklumat sepenuhnya tentang barangan yang diiklankan.
Posted by nurlyana at 4:05 PM 0 comments
HAK MENDAPAT MAKLUMAT
Hak pengguna untuk mendapat maklumat ber erti hak pengguna untuk diberitahu akan fakta fakta yang perlu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat.
Pengguna perlu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi bagi membolehkan mereka bertindak dengan bijak dan bertanggungjawab. Hak mendapat maklumat adalah penting supaya pengguna dapat mengelakkan diri daripada ditipu dan dilindungi daripada penyelewengan ,pelabelan yang mengelirukan dan tidak tepat,dan amalan amalan perniagaan yang tidak beretika.
Perlindungan pengguna mestilah mempunyai garis panduan yang membolehkan pengguna membuat keputusan bijak.
Kebolehan membuat keputusan yang baik akan dapat mempertingkatkan keselamatan pengguna. Pengguna perlulah diberi kemudahan untuk mendapatkan maklumat yang telus dan benar.
Posted by nurlyana at 3:11 PM 0 comments
HAK PENGGUNA DALAM MENDAPATKAN KESELAMATAN MAKANAN.
Pengguna berhak mendapatkan keselamatan makanan..
*pengguna berhak mendapat makanan yang dijual daripada ruang niaga yang bersih.
*pengguna berhak mendapat makanan yang dilabel termasuklah penandaan tarikh.
*pengguna berhak mendapat keselamatan makanan daripada tin makanan yang tidak kemek,tidak berkarat,dan tidak menggelembong.
*pengguna berhak mendapat ganti rugi kos rawatan jika keracunan makanan.
*pengguna berhak melaporkan semua kejadian keracunan makanan di Pejabat Kesihatan yang paling hampir dengan segera.
Posted by nurlyana at 1:38 PM 0 comments
12 June 2010
RACUN MAKHLUK PEROSAK
Penggunaan racun perosak meningkat dari tahun ke tahun. Dengan meningkatnya industri pertanian,maka penggunaan racun perosak juga bertambah.
Penggunaan racun perosak perlulah dihadkan kepada jenis yang dibenarkan seperti racun perosak yang mesra alam bagi menjamin kesihatan pengguna.
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
*gunakan racun mahluk perosak yang dibenarkan dan mengikut peraturan yang dibenarkan.
*pengguna haruslah membersihkan sayur sayuran atau buah buahan sebelum dimakan bagi menghapuskan kandungan semburan racun mahluk perosak.
Posted by nurlyana at 7:09 PM 0 comments
Labels: hak, keselamatan, racun makhluk perosak
HAK MENDAPAT KESELAMATAN
Hak mendapat keselamatan bermaksud hak untuk dilindungi daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.
Dalam pasaran dunia yang semakin kompleks kini, kebimbangan dan perhatian pengguna tentang keselamatan barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan adalah semakin ketara.
Penggunaan racun serangga, ubat ubatan, dan sebagainya hendaklah mengikut peraturan demi peraturan bagi memelihara kesihatan dan keselamatan.
Posted by nurlyana at 6:56 PM 0 comments
Labels: hak, keselamatan
Hak pengguna untuk mendapat pendidikan
=semua rakyat malaysia berpeluang mendapatkan pendidikan yang bermutu.
=rakyat malaysia berpeluang belajar di bangunan sek0lah yang selamat dan selesa.
=warganegara malaysia berhak untuk mendapat tenaga pengajar yang berkebolehan dan terlatih.
=rakyat malaysia berpeluang untuk mendapat makanan yang berkhasiat di kantin sekolah.
=warganegara cilik berhak untuk mendapat pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan dewasa memandangkan pendidikan merupakan proses yang berterusan dalam hidup.
=kanak kanak yang cacat atau kanak kanak istimewa berhak mendapat pendidikan bagi memenuhi keperluan khusus mereka.
Posted by nurlyana at 6:37 PM 0 comments
Labels: hak, Pendidikan
Hak pengguna untuk mendapatkan pakaian
Pengguna berhak untuk:-
=diberitahu oleh penjual mengenai jenis kain pakaian yang anda beli. Hal ini adalah penting untuk memastikan pakaian anda adalah asli.
=anda berhak diberitahu mengenai peraturan dan arahan cara penjagaan pakaian tersebut.
=anda berhak untuk mendapat harga yang berpatutan seiring dengan kualiti pakaian yang hendak anda beli.
Posted by nurlyana at 5:30 PM 0 comments
Hak untuk mendapat keperluan asas KESIHATAN
HAK KESIHATAN PENGGUNA
pengguna mempunyai hak mereka sendiri dalam menjaga taraf kesihatan masing masing dan dalam menggunakan ubat ubatan.antaranya ialah,
=hak untuk memilih untuk mendapatkan rawatan atau tidak.
=hak memperoleh kesihatan yang wajar apabila diperlukan.
=hak menarik kembali persetujuan terhadap tatacara dan rawatan yang ingin dijalankan.
=hak menolak rawatan kesihatan daripada seseorang pengamal perubatan dan kesihatan.
=hak mendapat penjelasan sewajarnya supaya mereka faham akan penyakit yang mereka hidapi dan rawatannya.
=hak untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara dan rawatan yang akan dijalankan termasuk:
*tujuan dan hasil yang dijangka diperolehi.
*sejauh mana tujuan ini akan tercapai.
*kesan sampingan yang mungkin berlaku.
*kemudahan yang ada untuk membantu mencapai tujuan tersebut.
*pembayaran atau pembiayaan yang mungkin terlibat.
=hak terhadap hasil hasil yang diperolehi daripada tatacara dan rawatan yang telah diberi.
=hak mendapat penjelasan tentang kemungkinan yang berlaku apabila menolak nasihat dan maklumat yang telah diberikan.
=hak mendapat maklumat sepenuhnya tentang nama,alamat,kelayakan serta pengalaman daripada pengamal perubatan.
=hak menuntut segala maklumat yang telah diberikan kepada pengamal perubatan untuk tujuan rawatan dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa yang tidak berkaitan.
=hak memperoleh semula semua maklumat yang telah diberikan kepada pengamal perubatan.
=hak untuk mengubah atau menambah maklumat serta maklumat peribadi berkaitan dengan rawatan yang telah diberikan.
=hak menolak pengamal perubatan tertentu daripada menjalankan rawatan yang telah dipersetujui.
=hak mendapat cara cara rawatan alternatif yang lebih sesuai..
Posted by nurlyana at 4:31 PM 0 comments
Adakah anda berhak mendapatkan pampasan jika pemaju lambat atau gagal menyiapkan rumah anda?
Di bawah peruntukan Kontrak Perjanjian Jual dan Beli seragam, rumah yang anda beli haruslah diserah milik dalam tempoh 24 atau 36 bulan dari surat perjanjian ditandatangani. Pampasan sebanyak 10% setahu dari harga pembelian layak anda terima daripada pihak pemaju jika pemaju gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Posted by nurlyana at 3:07 PM 0 comments
Hak mendapat keperluan asas
Makanan
pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan berterusan dengan harga yang berpatutan.
PENGGUNA MEMPUNYAI HAK UNTUK:-
-bertanya mengenai kebaikan makanan yang ditawarkan.
-mendapatkan makanan yang berkualiti.
-bebas memilih dan membuat keputusan untuk membeli.
-mendapat makanan yang bersih
-mendapat harga yang berpatutan.
Posted by nurlyana at 2:22 PM 0 comments