BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

17 June 2010

Inisatif untuk mempertahankan hak pengguna



Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memelihara keharmonian alam sekitar seperti:

  1. Menggubal dan menguatkuasakan undang undang bagi mengawal,mencegah,dan menghapus pencemaran alam sekitar.
  2. Menerapkan unsur unsur alam sekitar dalam kokurikulum sekolah.
  3. Di peringkat antarabangsa seperti penajaan Pengistiharaan Langkawi semasa Persidangan Ketua Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2 oktober 1989 dan telah menerima 'Montreal Protocol' untuk mengurangkan penggunaan 'non essential' klorofluorocarbon (CFC).
  4. Menjadi ahli kepada konvensyen-konvensyen. Antaranya ialah:
  • Konvensyen kepelbagaian biologi bagi memelihara dan melindungi kepelbagaian biologi.
  • Protocol Montreal bagi mengurangkan penggunaan CFC ke dalam atmosfera yang akan menyebabkan berlakunya penipisan ozon.

16 June 2010


Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat bererti hak kepada alam fizikal yang akan memperbaiki atau meningkatkan mutu kehidupan.Hak ini melibatkan usaha mendapatkan perlindungan daripada masalah masalah persekitaran yang di luar kawalan pengguna secara individu,tetapi ianya boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif.

Ia memaparkan keperluan memelihara dan melindungi alam sekitar untuk generasi masa kini dan masa hadapan sangat bergantung kepada muafakat dalam kalangan ahli ahli masyarakat masa kini sepertimana perlu bagi menangani pelbagai masalah pengguna yang lain. Dekad 1980-an menunjukkan bagaimana krisis kepada alam sekitar seperti pemanasan global,penghakisan lapisan ozon,kehilangan pelbagai speisis flora dan fauna,penyalahgunaan bahan kimia, pemusnahan hutan simpan, kesemua fenomena ini semenangnya mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat manusia. Semua penduduk sama ada di negara maju mahupun di negara yang membangun, sama ada yang tinggal di bandar mahupun di desa kini terdedah kepada ancaman tersebut.

Kesemua ancaman itu bukanlah berlaku secara semula jadi atau kerana takdir,tetatpi ancaman tersebut adalah rentetan daripada perbuatan manusia sendiri. Pembangunan yang tidak mampan,penggunaan dan citarasa yang berlebihan

Tanggungjawab pengguna





















Pengguna sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat penting antaranya ialah:
  1. Menyertai bengkel dan seminar kepenggunaan.
  2. Menghadiri pameran kepenggunaan.
  3. Memberi sokongan kepada program pendidikan pengguna dengan memberikan perkhidmatan sukarela atau memberikan sumbangan wang.
  4. Menjalankam program pendidikan pengguna di kawasan perumahan dengan mengundang penceramah yang mahir dan mengatur pameran.
  5. Membaca majalah dan surat khabar yang memuatkan isu isu kepenggunaan.
  6. Menyebarkan maklumat yang dimiliki tentang ilmu kepenggunaan kepada orang ramai.

Tanggungjawab pengguna

>menyertai bengkel dan seminar kepenggunaan.

>menghadiri pameran kepenggunaan.

>memberi sokongan kepada program pendidikan pengguna dengan memberikan perkhidmatan sukarela atau memberikan sumbangan wang.

>menjalankam program pendidikan pengguna di kawasan perumahan dengan mengundang penceramah yang mahir dan mengatur pameran.

>membaca majalah dan surat khabar yang memuatkan isu isu kepenggunaan.

>menyebarkan maklumat yang dimiliki tentang ilmu kepenggunaan kepada orang ramai.

Keadaan pengguna di Malaysia.

Pembangunan ekonomi yang pesat telah menjadikan kita masyarakat yang suka berbelanja tetapi kita kurang mempunyai kesedaran kepenggunaan. Menyedari bahawa pengusaha pengusaha, pembekal pembekal barang dan perkhidmatan serta pengedar pengedar gemar mengambil kesempatan meraih keuntungan dari kekurangan kesedaran pengguna. Kerajaan telah mengambil langkah langkah berikut bagi melindungi hak pengguna:-

A. PENDIDIKAN PENGGUNA DI SEKOLAH
  1. Pendidikan pengguna telah dimasukkan ke dalam matapelajaran sekolah melalui aktiviti aktiviti kokurikulum. Penubuhan kelab pengguna di sekolah telah memberikan peluang yang baik kepada pelajar untuk menjadi pengguna yang berpengetahuan.
B. INFRASTRUKTUR YANG LAIN UNTUK MENINGKATKAN PENDIDIKAN PENGGUNA
  1. Penubuhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada 27 oktober 1990.
  2. Penubuhan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan pada tahun 1973(MPPPK)
  3. Memperkemaskan perudangan dan peraturan sedia ada serta mewujudkan amalan beqetika dan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat umum.

Hak untuk mendapat pendidikan pengguna


Hak mendapat pendidikan pengguna bererti hak mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna yang bermaklumat sepanjang hayat. Pendidikan pengguna dapat membantu di dalam membina pelbagai kemahiran hidup dan ketabahan sifat peribadi seseorang melalui pengetahuan dan amalan seharian. Pendidikan pengguna dapat melahirkan kemahiran pengguna di mana ia dapat menyumbangkan ke arah taraf hidup yang lebih berkualiti.


Kebanyakan orang berkerja keras untuk mendapatkan wang untuk membeli wang untuk membeli barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Namun demikian,adalah menyedihkan jika hasil titik peluh mereka tidak memberikan kehidupan yang berkualiti tinggi kerana mereka kurang berpengetahuan dalam hal hal kepenggunaan atau kurang kemahiran dalam mengguna atau memperjuangkan hak hak mereka.

Aduan yang berkesan

1. SIMPAN MAKLUMAT DALAM FAIL

  • simpan semua maklumat yang penting dan yang berkaitan untuk membantu semasa membuat aduan.
2. BAHAN BUKTI
  • setelah menyedari adanya masalah,dapatkan maklumat lanjut yang boleh membantu anda dalam membuat aduan. Tinjau samada terdapat pengguna yang lain menghadapi masalah yang sama untuk mengambil tindakan secara kolektif.
3. JANGAN TERLALU MENGIKUT PERASAAN
  • Jangan terlalu mengikut perasaan dalam membuat aduan. Jika anda tidak dapat mengawal perasaan, anda tidak dapat mengemukakan aduan dengan berkesan. Sebaliknya,anda hendaklah bertenang dan mengatur strategi yang berkesan apabila membuat aduan.
4. GUNAKAN FAKTA DAN STATISTIK.
  • kumpulkan data dan statistik berkaitan dengan perkara yang diadu untuk membuktikan kesahihan aduan. Misalnya tarikh yang terlibat dan sebagainya.
5. TULIS SURAT
  • Buat aduan secara bertulis. Perkara yang diadun hendaklah jelas. Biarlah surat tersebut ringkas tetapi padat.
6. KETAHUI UNDANG UNDANG
  • Rujuk kepada undang undang berkaitan.nyatakan dalam surat, peruntukan undang undang yang berkaitan dengan perkara yang diadu.
7. IKUTI PERKEMBANGAN ADUAN.
  • Ikuti dan catatkan perkembangan mengikut kronologi masa termasuk panggilan telefon dan temujanji.
8. GUNAKAN MEDIA MASSA
  • Gunakan media massa untuk membuat laporan anda.

13 June 2010

Hak pengguna untuk mendapatkan ganti rugi


Pengguna berhak untuk
Mengadukan masalah kepada pihak berkuasa. Sebagai contoh, adukan kepada Persatuan Penguna Pulau Pinang,ataupun persatuan pengguna lain yang melindungi hak pengguna.

  1. Pengguna berhak untuk menuntut kembali ganti rugi melalui mahkamah dengan mengenakan saman kepada pihak defendan(pihak yang dituntut).


Jika barangan rosak/cacat


Jika syarat-syarat dalam kontrak tidak dipatuhi oleh penjual, anda boleh menuntut ganti rugi.

  1. Jangan terima barangan berkenaan
  2. Dapatkan bayaran tunai atau mengimbangkan perbezaan antara apa yang telah anda bayar dengan pengurangan nilai barangan yang cacat tersebut.
  3. Pengguna berhak meminta atau mendapat ganti rugi atau pembaikan percuma.

Hak hak pengguna dalam mendapatkan ganti rugi..


Kontrak adalah perjanjian antara dua pihak yang berkeupayaan yang dilakukan dengan kerelaan bebas serta disokong dengan balasan.ia diiktiraf dan boleh dikuat kuasakan oleh undang undang.
Contohnya:-

  • pihak penjual mempunyai hak milik terhadap barang yang hendak dijual.
  • barang mestilah mempunyai kualiti yang boleh diperdagangkan. Ini bermakna barang berkenaan mestilah sesuai dan munasabah untuk tujuan kegunaanya. Perlu di ingat bahawa harga dan barang mesti sama dengan yang telah diperihalkan. Barang baru mestilah tidak pecah atau rosak.ianya hendaklah berfungsi dengan baik.
  • barang mestilah menepati perihalan yang dinyatakan sama ada pada bungkusan, kenyataan yang dipaparkan atau apa yang dinyatakan penjual. Tidak sepatutnya baju lengan panjang jika dinyatakan sebagai lengan pendek di luar bungkusannya. Kasut getah tidak sepatutnya dinyatakan sebagai kasut kulit di luar bungkusannya.
  • barang hendaklah menepati semua tujuan khusus dalam pengetahuan penjual. Jika penjual menyatakan gam bolek melekatkan kayu,maka gam tersebut bolehlah berfungsi demikian.
  • jualan melalui sampel-barang barang yang dibekalkan mestilah memenuhi ciri ciri seperti yang terdapat di dalam sampel.

Hak bersuara pengguna hanya akan wujud jika:-

1)terdapat kebebasan untuk menubuhkan kumpulan atau organisasi yang berkenaan.

2)wujud kesempatan bagi organisasi berkenaan untuk mengemukakan pandangan mereka di dalam proses membuat keputusan yang melibatkan kumpulan mereka. Kesempatan hanya boleh digunakan oleh mereka jika terdapat infrastruktur yang memadai untuk membangunkan,melaksanakan,atau memantau dasar perlindungan pengguna.

HAK BERSUARA

Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan. Dengan demikian kepentingan pengguna akan mendapat pertimbangan sewajarnya dalam menentukan bukan sahaja dasar-dasar kerajaan tetapi juga dasar-dasar pengeluaran dan pemasaran syarikat syarikat swasta.

Penggunaaan tanpa pilihan

Di kebanyakan pasar raya, pengguna boleh melaksanakan haknya sama ada dia mahu membeli atau tidak. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak ada pilihan misalnya dalam isu mendapatkan udara dan air yang bersih.

Dalam keadaan ini, pengguna terpaksa bernafas dalam seribu kesulitan apabila mereka terpaksa menghidu udara yang sudah tercemar. Para

Pengguna juga terpaksa menggunakan air yang telah dicemari dengan kotoran dan bahan bahan kimia serta sisa-sisa racun kimia untuk melakukan aktiviti harian.

Kesan kesan pengambilan tersebut adalah sukar dikesan dalam jangka masa yang pendek dan kadang-kadang tidak boleh dipulihkan.

Bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh manusia boleh menyebabkan perubahan kepada generasi yang akan datang. Kemusnahan kepada umat manusia akan menyebabkan kelemahan daya fikir, kurang bersemangat, memendekkan usia seseorang,dan juga kemandulan.

Di Malaysia,kedua dua keadaan di atas wujud. Terdapat 16 buah persatuan pengguna di seluruh negara, Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK), Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan, Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri (MHEPN), dan Hal Ehwal Pengguna. Kepentingan terhadap perlindungan pengguna juga terdapat pada kementerian kementerian lain dalam kerajaan Malaysia dan industri-industri dalam berbagai sektor. Biasanya, nilai dan pendapat pengguna secara umum mahupun melalui pertubuhan diambil kira dalam dasar pembangunan pelbagai industri. Walau bagaimanapun, keberkesanan perwakilan pengguna bergantung kepada beberapa faktor seperti:

PERTAMA: undang undang pengguna memastikan bahawa pengguna boleh turut serta dalam pembentukan dasar yang melibatkan mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


KEDUA: kekuatan perwakilan pengguna dari segi bilangan dan pengaruh. Untuk membolehkan pandangan pengguna didengari dengan lebih berkesan, bilangan perwakilan yang seimbang adalah perlu.


KETIGA:Kepakaran di dalam pelbagai isu yang melibatkan pengguna adalah penting untuk membolehkan perwakilan menjadi lebih berkesan.


KEEMPAT: Wakil-wakil pengguna mestilah mudah mendapat liputan oleh media massa.


KELIMA:Salinan undang undang dan dasar yang mempunyai kaitan atau mempunyai kesan kepada pengguna mudah diperolehi oleh persatuan persatuan yang ada kaitan dengan pengguna.


KEENAM: komunikasi terbuka dan berterusan perlu wujud antara pengguna, industri dan kerajaan.










MAKLUMAT TAMBAHAN (tanggungjawab pengguna)

Walau bagaimanapun,untuk membuat pilihan yang bijak,pengguna hendaklah mendapatkan maklumat yang benar,nilai yang baik,kualiti dan lain lain bagi sesuatu barang.

Ini adalah merupakan ciri cirg perniagaan yang sihat dan mempunyai piawai yang terpelihara dan diterima di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, keadaan ini masih belum dapat dilihat di dalam suasana perniagaan marcapada ini.

HAK PENGGUNA MENDAPAT PILIHAN.

Hak membuat pilihan ialah kebebasan pengguna untuk memiliki dan menentukan barang dan perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, citarasa, dan kemampuan masing masing pada harga yang munasabah.

Dalam kes monopoli, pengguna haruslah mendapat jaminan kualiti barang dan perkhidmatan yang memuaskan dan pada harga yang berpatutan.


HAK UNTUK MEMILIH.


Pasaran antarabangsa, taraf hidup yang tinggi, penemuan rekacipta terbaru, pembaharuan di dalam teknologi dan bertambahnya barangan baru di dalam pasaran telah menghasilkan pelbagai pilihan bagi memenuhi citarasa dan permintaan pengguna.


Sebahagian daripada pengguna berpendapat bahawa 'lebih banyak pilihan adalah lebih baik'. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada barangan baru adalah terlalu kompleks dan di luar kemampuan atau keupayaan pengguna untuk menilai semua kesan dari penggunaan barang berkenaan sepenuhnya. Selain daripada itu, strategi pasaran yang canggih telah menyukarkan lagi pengguna dalam membuat pilihan.

Pengguna didedahkan untuk membuat pilihan yang terbaik dengan berpandukan kepada prinsip yang menyatakan bahawa pembeli hendaklah berhati hati.

MAKLUMAT MENGENAI UBAT UBATAN

Pengguna berhak mendapat maklumat mengenai ubat ubatan tentang

=nama ubatan tersebut.

=khasiatnya.

=cara menggunakan ubatan tersebut.

=tindakan yang perlu dilakukan sekiranya ubat tidak berkesan.

=kesan sampingan jika mengambil ubat tersebut.

=cara menyimpan ubatan.

=keterangan bertulis mengenai ubatan tersebut.

PENGIKLANAN

Pengguna seringkali menjadi mangsa pengiklanam yang mengelirukan. Banyak aduan dibuat mengenai dakwaan iklan yang mengelirukan seperti mengurangkan lemak,menggunakan makanan atau minuman tonik yang boleh mengurangkan kesakitan,minuman yang membolehkan atlet menjadi lebih segar dan bertenaga.

Pengguna biasanya mudah terpedaya dengan gimik yang dilakukan oleh pihak perniagaan.

JENIS JENIS PENGIKLANAN.

Pengiklanan merupakan salah satu perniagaan yang besar.iklan iklan banyak dan kerap dimuatkan di media massa seperti televisyen, radio, surat khabar,majalah, dan sebagainya.

Pengiklanan merupakan salah satu daripada perkara yang penting dalam aktiviti perniagaan.


Terdapat tiga jenis pengiklanan.

1)memberi maklumat

2)''puffing"

3)palsu atau mengelirukan


HAK PENGGUNA:-


=mengetahui maklumat yang benar dan adil.

=mengetahui dak waan atau ujian ke atas barangan yang dilakukan oleh syarikat pengiklanan adalah benar.

=mengetahui maklumat sepenuhnya tentang barangan yang diiklankan.

Hak pengguna dalam mendapatkan maklumat.

Pengguna berhak:-

=mendapatkan maklumat yang relevan dan benar dengan apa yang terdapat dalam barangan berkenaan.

=mendapat maklumat yang mempunyai kesahihan dan kredibiliti.

=mendapat maklumat yang mudah difahami dan tidak mengelirukan.

=mendapat label dimana cara pelabelannya berpatutan dan mudah dibaca.

=mengetahui dimana tempat asal produk dihasilkan.

=mengetahui tarikh luput dan tarikh pengilangan.

=mengetahui nama sebutan sebenar barangan yang dijual.

=mengetahui berat minimum,kuantiti,amaun atau muatan barangan.

=mendapat penerangan mengenai kandungan umum termasuklah maklumat,keupayaan,panduan untuk menggunakannya dan batasannya.

=mendapat maklumat mengenai amaran,peraturan peraturan kecemasan untuk gologan pengguna
tertentu seperti kanak kanak atau orang dewasa yang mengalami alahan tertentu.








PELABELAN

Maklumat adalah amat penting kepada pengguna dan pengguna berhak menggunakannya dan bagaimana tanggapan pengguna terhadap makkumat yang mereka terimat. Hal ini bergantung kepada maklumat yang

1.BENAR DAN TEPAT.

2.BOLEH DITERIMA

3.BOLEH DIFAHAMI.

4.NYATA.

HAK MENDAPAT MAKLUMAT

Hak pengguna untuk mendapat maklumat ber erti hak pengguna untuk diberitahu akan fakta fakta yang perlu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat.

Pengguna perlu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi bagi membolehkan mereka bertindak dengan bijak dan bertanggungjawab. Hak mendapat maklumat adalah penting supaya pengguna dapat mengelakkan diri daripada ditipu dan dilindungi daripada penyelewengan ,pelabelan yang mengelirukan dan tidak tepat,dan amalan amalan perniagaan yang tidak beretika.





Perlindungan pengguna mestilah mempunyai garis panduan yang membolehkan pengguna membuat keputusan bijak.





Kebolehan membuat keputusan yang baik akan dapat mempertingkatkan keselamatan pengguna. Pengguna perlulah diberi kemudahan untuk mendapatkan maklumat yang telus dan benar.



Maklumat tambahan yang perlu diketahui oleh para pengguna.

KELENGKAPAN YANG PERLU MENDAPAT KELULUSAN

Kelengkapan elektrik seperti di bawah adalah sebahagian kelengkapan yang perlukan perakuan kelulusan daripada JBE sebelum dijual, dipamerkan, atau diiklankan.


1.KELENGKAPAN DOMESTIK.


Kelengkapan domestik ialah kelengkapan elektrik yang biasanya digunakan di rumah.
Antaranya ialah,

*kelengkapan penyimpanan
*kelengkapan memasak
*kelengkapan memproses air
*kelengkapan yang digunakan terhadap pakaian
*kelengkapan pencuci
*kelengkapan kipas.
*kelengkapan di bilik air.
*kelengkapan alat pandang dengar.



2.KELENGKAPAN YANG BIASANYA DIJUAL SECARA LANGSUNG KEPADA PENGGUNA.

Kelengkapan elektrik yang dijual dan mudah dibeli di pasaran. Kelengkapan ini tidak semestinya digunakan di kawasan kediaman sahaja.ianya juga boleh digunakan di premis perniagaan,pasar,dan juga industri.

Pengguna yang membelimya dipercayai tidak mempunyai pengetahuan atau nasihat mengenai asas elektrik itu akan terus membelinya.

Antaranya,
*kelengkapan penyimpanan makanan
*kelengkapan memproses air.
*kelengkapan mencuci.
*kelengkapan kipas dan aksesori.
*kelengkapan pendawaian elektrik.
*kelengkapan lampu dan aksesori.
*kelengkapan penjagaan badan dan kesihatan.
*alat permainan yang menggunakan kuasa elektrik.
*

HAK MENDAPAT KESELAMATAN KELENGKAPAN KELENGKAPAN ELETRIK.

Dasawarsa ini, perkembangan teknologi dan daya kreatif manusia telah menghasilkan banyak kelengkapan elektrik untuk keselesaan manusia.


Penggunaan kelengkapan eletrik yang tidak berkeupayaan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, kebakaran, gangguan kepada alat eletrik dan lain lain lagi.


Selain itu, Jabatan Bekalan Eletrik dan Gas (JBE) mempunyai maklumat agar kelengkapan elektrik yang digunakan oleh para pengguna di Malaysia mencapai tahap keselamatan yang telah ditetapkan oleh Standard Malaysia atau standard standard lain yang sama atau lebih ketat yang diiktiraf oleh JBE.


SIRIM adalah satu badan penguji yang diiktiraf untuk membuat pengujian ke atas barangan elektrik yang telah dihasilkan.SIRIM juga mengawal skim pengesahan pengeluaran kelengkapan elektrik.


Dengan adanya kawalan ini,hak para pengguna yang tidak arif mengenai kelengkapan elektrik adalah terjamin sama sekali seterusnya para pengguna bolehlah membeli dan menggunakan peralatan elektrik tanpa rasa bimbang akan keselamatannya.

HAK PENGGUNA DALAM MENDAPATKAN KESELAMATAN MAKANAN.

Pengguna berhak mendapatkan keselamatan makanan..


*pengguna berhak mendapat makanan yang dijual daripada ruang niaga yang bersih.


*pengguna berhak mendapat makanan yang dilabel termasuklah penandaan tarikh.


*pengguna berhak mendapat keselamatan makanan daripada tin makanan yang tidak kemek,tidak berkarat,dan tidak menggelembong.


*pengguna berhak mendapat ganti rugi kos rawatan jika keracunan makanan.


*pengguna berhak melaporkan semua kejadian keracunan makanan di Pejabat Kesihatan yang paling hampir dengan segera.

12 June 2010

KERACUNAN MAKANAN

Kita perlu memperolehi makanan yang baik,bersih,dan berkhasiat. Malangnya kadangkala pengguna terbeli makanan yang telah tercemar yang dijual oleh peniaga yang tidak beretika dan hanya mementingkan keuntungan semata mata.

Bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin, Jabatan Kesihatan Kerajaan sentiasa memeriksa makanan yang dijual di pasar raya dan kedai terutama di bandar bandar.

ROKOK

Belakangan ini,individu yang merokok ditenggelami dengan iklan iklan yang begitu menarik dan mutu tambahan pada tembakau menjadikan mereka hamba kepada tabiat merokok yang tegar.

Kajian menunjukkan bahawa dianggarkan kira kira 2.5 juta manusia di seluruh dunia mati dalam tempoh setahun akibat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Syarikat pengeluar rokok pula terus menerus mengaut keuntungan yang besar. Selain itu,pengguna pula terus terusan menghidapi penyakit jantung,strok,dan barah. Penyakit strok adalah penyakit yang sering menyebabkan kematian dalam kalangan penghisap rokok.

UBAT UBATAN

Ubat ubatan didefinisikan sebagai dadah sintetik dimana penggunaanya dikawal oleh pihak doktor.

Ubat ubatan ialah produk yang dihasilkan daripada tumbuh tumbuhan atau haiwan mahupun bahan kimia yang dihasilkan melalui proses penyelidikan yang rapi. Penggunaan ubat mendatangkan manfaat dan risiko tertentu kepada pengguna.

Bagi menjamin keselamatan orang awam,kerajaan telah mengelaskan ubat ubatan yang berisiko tinggi sebagai racun di bawah Akta Racun 1952(semakan 1989) orang awam boleh mendapatkan ubat ubatan ini hanya melalui perakuan doktor atau membelinya di farmasi swasta.

Orang awam juga boleh membeli pel bagai jenis ubat ubatan yang boleh diperolehi di kedai runcit biasa untuk pengubatan sendiri seperti merawat luka kecil, melecur,batuk,demam,dan sebagainya. Uba ubatan tersebut adalah berisiko rendah boleh dianggap selamat jika digunakan dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi menjamin keselamatan pengguna,kerajaan tekah mewajibkan pendaftaran dengan pihak berkuasa Kawalan Dadah bagi semua ubat ubatan yang berkualiti. Selamat dan berkesan sahaja berada di pasaran.

Pelaksanaan sistem pendaftaran ini sedang berjalan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah kini sedang memproses permohonan pendaftaran ubat ubatan tradisional.

Selain dari mewajibkan pendaftaran, pengiklanan ubat ubatan ini melalui media massa juga dikawal untuk melindungi orang awam daripada diperdayakan dengan tuntutan yang mengelirukan. Melalui aktiviti penguatkuasa pula,orang awam dilindungi dari pada terdedah dengan ubat ubatan yang tidak selamat.

RACUN MAKHLUK PEROSAK

Penggunaan racun perosak meningkat dari tahun ke tahun. Dengan meningkatnya industri pertanian,maka penggunaan racun perosak juga bertambah.

Penggunaan racun perosak perlulah dihadkan kepada jenis yang dibenarkan seperti racun perosak yang mesra alam bagi menjamin kesihatan pengguna.




TANGGUNGJAWAB PENGGUNA


*gunakan racun mahluk perosak yang dibenarkan dan mengikut peraturan yang dibenarkan.

*pengguna haruslah membersihkan sayur sayuran atau buah buahan sebelum dimakan bagi menghapuskan kandungan semburan racun mahluk perosak.

HAK MENDAPAT KESELAMATAN

Hak mendapat keselamatan bermaksud hak untuk dilindungi daripada barang, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan.

Dalam pasaran dunia yang semakin kompleks kini, kebimbangan dan perhatian pengguna tentang keselamatan barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan adalah semakin ketara.

Penggunaan racun serangga, ubat ubatan, dan sebagainya hendaklah mengikut peraturan demi peraturan bagi memelihara kesihatan dan keselamatan.

Hak pengguna untuk mendapat pendidikan

=semua rakyat malaysia berpeluang mendapatkan pendidikan yang bermutu.

=rakyat malaysia berpeluang belajar di bangunan sek0lah yang selamat dan selesa.

=warganegara malaysia berhak untuk mendapat tenaga pengajar yang berkebolehan dan terlatih.

=rakyat malaysia berpeluang untuk mendapat makanan yang berkhasiat di kantin sekolah.

=warganegara cilik berhak untuk mendapat pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan dewasa memandangkan pendidikan merupakan proses yang berterusan dalam hidup.

=kanak kanak yang cacat atau kanak kanak istimewa berhak mendapat pendidikan bagi memenuhi keperluan khusus mereka.

Hak untuk mendapat keperluan asas PENDIDIKAN

Kerajaan Malaysia menyediakan peluang pendidikan asas percuma kepada warganegaranya yang berusia 6-15 tahun iaitu pendidikan peringkat rendah dan menengah. Peringkat percuma ini bererti murid murid sekolah adalah dikecualikan daripada membayar yuran pengajian.tetapi, ibu bapa mereka perlu menanggung kos bagi aktiviti luar anak mereka.

Hak untuk mendapat keperluan asas PENDIDIKAN

Kerajaan Malaysia menyediakan peluang pendidikan asas percuma kepada warganegaranya yang berusia 6-15 tahun iaitu pendidikan peringkat rendah dan menengah. Peringkat percuma ini bererti murid murid sekolah adalah dikecualikan daripada membayar yuran pengajian.tetapi, ibu bapa mereka perlu menanggung kos bagi aktiviti luar anak mereka.

Hak pengguna untuk mendapatkan pakaian

Pengguna berhak untuk:-

=diberitahu oleh penjual mengenai jenis kain pakaian yang anda beli. Hal ini adalah penting untuk memastikan pakaian anda adalah asli.


=anda berhak diberitahu mengenai peraturan dan arahan cara penjagaan pakaian tersebut.


=anda berhak untuk mendapat harga yang berpatutan seiring dengan kualiti pakaian yang hendak anda beli.

Hak mendapat keperluan asas PAKAIAN

Pakaian adalah keperluan asas yang amat penting kepada kita.pakaian melindungi kita daripada panas atau sejuk.

Hak untuk mendapat keperluan asas KESIHATAN

HAK KESIHATAN PENGGUNA

pengguna mempunyai hak mereka sendiri dalam menjaga taraf kesihatan masing masing dan dalam menggunakan ubat ubatan.antaranya ialah,
=hak untuk memilih untuk mendapatkan rawatan atau tidak.
=hak memperoleh kesihatan yang wajar apabila diperlukan.
=hak menarik kembali persetujuan terhadap tatacara dan rawatan yang ingin dijalankan.
=hak menolak rawatan kesihatan daripada seseorang pengamal perubatan dan kesihatan.
=hak mendapat penjelasan sewajarnya supaya mereka faham akan penyakit yang mereka hidapi dan rawatannya.
=hak untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara dan rawatan yang akan dijalankan termasuk:
*tujuan dan hasil yang dijangka diperolehi.
*sejauh mana tujuan ini akan tercapai.
*kesan sampingan yang mungkin berlaku.
*kemudahan yang ada untuk membantu mencapai tujuan tersebut.
*pembayaran atau pembiayaan yang mungkin terlibat.
=hak terhadap hasil hasil yang diperolehi daripada tatacara dan rawatan yang telah diberi.
=hak mendapat penjelasan tentang kemungkinan yang berlaku apabila menolak nasihat dan maklumat yang telah diberikan.
=hak mendapat maklumat sepenuhnya tentang nama,alamat,kelayakan serta pengalaman daripada pengamal perubatan.
=hak menuntut segala maklumat yang telah diberikan kepada pengamal perubatan untuk tujuan rawatan dirahsiakan daripada pengetahuan sesiapa yang tidak berkaitan.
=hak memperoleh semula semua maklumat yang telah diberikan kepada pengamal perubatan.
=hak untuk mengubah atau menambah maklumat serta maklumat peribadi berkaitan dengan rawatan yang telah diberikan.
=hak menolak pengamal perubatan tertentu daripada menjalankan rawatan yang telah dipersetujui.
=hak mendapat cara cara rawatan alternatif yang lebih sesuai..

Adakah anda berhak mendapatkan pampasan jika pemaju lambat atau gagal menyiapkan rumah anda?

Di bawah peruntukan Kontrak Perjanjian Jual dan Beli seragam, rumah yang anda beli haruslah diserah milik dalam tempoh 24 atau 36 bulan dari surat perjanjian ditandatangani. Pampasan sebanyak 10% setahu dari harga pembelian layak anda terima daripada pihak pemaju jika pemaju gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Apa yang perlu dikaji sebelum menempah rumah

Dapatkan brosur daripada pemaju perumahan
Brosur berkenaan akan menunjukkan:-
=sama ada pemaju mempunyai lesen pemaju yang sah dan memiliki permit pengiklanan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
=nama dan alamat pemaju berkenaan.
=sama ada permohonan pemecahan tanah telah dibuat dan diluluskan.
=jangkaan tarikh siap projek perumahan tersebut.

Hak mendapat keperluan asas tempat kediaman

PANDUAN MEMBELI RUMAH

pembeli haruslah mengetahui pelbagai perkara yang berkaitan dengan pembelian rumah supaya tidak tertipu dengan pemaju yang tidak bertanggungjawab. Antara masalah yang kerap dihadapi oleh pembeli ialah kelewatan pembinaan,kemasan bangunan yang tidak memuaskan,projek terbengkalai,dan sebagainya.

Panduan untuk menjadi pengguna makanan yang baik

=makan makanan yang semulajadi,segar dan organik
=pilih makanan tempatan
=beli buah buahan pada musimnya.
=beli makanan secara pukal
=kurangkan makan makanan yang diawet.

Hak mendapat keperluan asas

Makanan
pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan berterusan dengan harga yang berpatutan.

PENGGUNA MEMPUNYAI HAK UNTUK:-
-bertanya mengenai kebaikan makanan yang ditawarkan.
-mendapatkan makanan yang berkualiti.
-bebas memilih dan membuat keputusan untuk membeli.
-mendapat makanan yang bersih
-mendapat harga yang berpatutan.

03 June 2010

















hak mendapat alam sekitar yang selamat

Kita semua ingin hidup dalam alam sekeliling yang sihat dan bersih.Udara segar,langit biru,pokok-pokok dan tanaman yang menghijauserta pantai yang bersih.semuanya dapat menjadi kenyataan jika semua pihak berganding bahu menjaga kebersihan alam sekitar.salah satu hak pengguna ialah untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat.hak ini melibatkan usaha mendapatkan perlindungan daripada masalah persekitaran yang diluar kawalan pengguna secara individu,tetapi boleh dibendung jika pengguna bertindak secara kolektif.Kecuaian terhadap alam sekitar pada abad lalu telah mengakibatkan masalah seperti kepanasan dunia,penghakisan lapisan ozon,kehilangan kepelbagaian spesis haiwan dan tumbuhan,penyalahgunanaan bahan kimia dan pemusnahan hutan.Kesemuanya mengancam kesejahteraan dan keselamatan umat manusia.Semua penduduk sama ada di negara maju mahupun di negara membangun,sama ada yang tinggal di bandar mahupun di desa,kini terdedah kepada ancaman tersebut.Bagi mengatasi ancaman terhadap alam sekitar,semua pihak perlu membabitkan diri secara kolektif.Kerajaan,industri dan rakyat malaysia mempunyai peranan masing-masing untuk mengatasi beberapa ancaman terhadap alam sekitar yang menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan kita semua dan juga generasi akan datang.

02 June 2010

Hak hak pengguna


1. Hak untuk mendapat keperluan asas

2. Hak untuk mendapat keselamatan.

3. Hak untuk mendapat maklumat.

4. Hak untuk memilih.

5. Hak untuk menyuarakan pendapat.

6. Hak untuk mendapat ganti rugi.

7. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna.

8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang selamat.

Hak mendapat keperluan asas.

Hak kepada keperluan asas bererti hak untuk mendapat barang-barang dan perkhidmatan yang perlu bagi kehidupan iaitu makanan yang mencukupi, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan, dan sanitasi.

Makanan merupakan keperluan harian asasi bagi manusia. Dalam usaha memenuhi keperluan ini, pengguna menghadapi pelbagai masalah seperti bekalan yang tidak mencukupi, harga yang tinggi, kenaikan harga yang tinggi, mutu yang rendah, tamat tempoh boleh guna, pemasaran makanan tidak berkhasiat, kurang timbangan/sukatan, makanan beracun dan maklumat yang tidak lengkap di atas label.

26 May 2010

mukadimah

pengguna masa kini sering kali ditipu oleh pihak penjual dan pembekal barangan kperluan mereka. terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh para pembekal keperluan untuk menipu mereka. antaranya, para pengilang makanan telah bertindak mengurangkan sukatan atau kandungan di dalam bungkusan sesuatu makanan.


sebagai contoh yang mudah dilihat, isi kandungan dalam pembungkus makananringan adalah sangat sedikit dan tidak setimpal dengan harga yang telah dikenakan keatasnya. dalam erti kata yang lain, para pengeluar makanan tersebut telah mengambil keuntungan dengan mengurangkan isi kandungan makanan tersebut. dalam hal ini, pengguna yang sering tertipu ialah golongan kanak kanak.


hal ini terbukti kerana golongan kanak kanak amatlah mudah untuk diperdayakan. lantas, mereka akan menghabiskan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka semata mata untuk membeli makanan ringan tersebut.

DEFINISI

PENGGUNA DAN PENGGUNA RASIONAL

Pengguna ialah golongan yang menggunakan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri, keluarga, dan isi rumah.

Pengguna rasional ialah pengguna yang arif dalam membuat pertimbangan , bermaklumat, dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan , misalnya tindakan berbelanja mengikut keperluan dan juga kemampuan mereka.

selain itu, pengguna yang bermaklumat berupaya mewujudkan satu sistem yang dinamakan 'mengawasi'. sistem ini bertindak di mana pengguna memerangi sikap penjual atau peniaga yang rakus dan tidak beretika.

24 May 2010

HAK PENGGUNA